Format rancangan Pop_Krew

Format persembahan

"6 kru, 2 teraju, 1 arena". Demikianlah tagline bagi sebuah lagi program realiti TV terbitan Media Prima yang disiarkan di TV9. 6 kru dilatih dibawah bimbingan penyanyi terkenal iaitu Tomok dan Stacy yang menggalas tugas sebagai jurulatih. Setiap jurulatih membimbing 3 kru dibawah naungan mereka bagi merebut gelaran juara Pop Krew. Persembahan mereka setiap minggu akan dinilai dan dikomen oleh panel juri professional, Edry Abdul Halim dan Altimet. Disiarkan setiap hari sabtu bermula jam 8:30 malam dan disiarkan secara langsung di TV9

Ujibakat

Sebanyak 36 peserta terbaik telah dipilih hasil pemilihan uji bakat yang berlangsung pada 10 hingga 11 Oktober lalu di Johor, 11 hingga 12 Oktober di Pulau Pinang dan lokasi terakhir di Kuala Lumpur pada 18 hingga 19 Oktober 2014.

Kemudian hanya 24 peserta dipilih pada minggu kedua konsert berlangsung sebelum ia dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap satunya akan dikendalikan oleh pengajar mereka yang dipanggil sebagai coach iaitu Tomok dan Stacy.

Menerusi pembahagian tersebut, Tomok dan Stacy akan mengasingkan mereka kepada beberapa kumpulan lagi bagi membolehkan mereka membuat persembahan dan ia akan dirombak setiap minggu mengikut keserasian peserta.